Saturday, October 20, 2007

KL hari ini

Hari ini hujan di KL. Agak lebat terutamanya disebelah petang. Ketika itu kami di Mid Valley. Pergi ke sana dengan Komuter. Orang tak lah ramai sangat saperti hujung minggu yang lain. Pastinya sebab ramai yang masih lagi bercuti raya.

Hujan juga menyebabkan trafik jem di KL. Sampah sarap yang terbenam kini tertimbul. Sungai, longkang dan parit besar menunjukkan arus yang deras.

Trafik juga agak sibuk dari biasa. Kali ini kami rasa bukan sebab orang keluar hujung minggu. Tetapi sudah pasti ada di antara mereka yang telah tiba di KL dalam perjalanan pulang dari kampong.

Thursday, October 18, 2007

Rancangan TV musim raya ni


Banyak rancangan TV-tv tayangan gambar di siarkan di kaca TV pada musim hari Raya ini.
Wayang-wayang yang baru tayang di Pawagam tahun lepas pun dah ditayangkan di kaca TV.
Banyak juga drama TV yang bertemakan hari raya di siarkan. Mengikut pemerhatian kami ada 3 pelakun yang selalu muncul tahun ini :- Rosyam Nor, Eizlan Yusoff dan Ako Mustapha.
Sokong dak ??

Ramai yang kembali bekerja hari ini


Walaupun secara resminya office buka hari Selasa, kami percaya ramai dari kita terutamanya yang berugama islam kembali kerja hari ni. Bagi mereka yang ada banyak lagi cuti atau banyak lagi program yang belum diselesaikan - kemungkinan hari mula kerja mereka ialah hari Isnin depan. Ini bermakna kesibukan jalanraya belumlah habis lagi. Hari Ahad (atau pun Sabtu) tentulah ramai yang berada di jalan raya.

Mengikut pemerhatian kami, suasana di jalan raya KL dah mula 'saperti biasa' hari Selasa lagi. Kalau nak ronda KL tu kalau mengharapkan trafik itu ok mungkin menghampakan kerana pada mMalam selasa/hari Isnin keadaan dah macam sedia kala.

Petang-petang asyik hujan sahaja di ibukota ini. Kadangkalanya betul betul lebat. Hujan pula turun sekejap-sekejap dan kemudian berhenti dan bersambung lagi.

Semalam ketika ke KL, kami perhatikan bertimbun-timbun sampah sarap terutamanya "foam putih" yang orang dok buat bungkus makanan tu. Rupanya mereka menghumbanya ke dalam longkang lepas makan. Apabila hujan lebat, bende ini akan menyumbatkan saluran. Air yang banyak akan melimpah balik ke jalan raya menunjukkan pemandangan yang tidak elok di mata.

Diberita, TV3 dah mula menghebohkan isu yang bakal tiba akibat begitu ramai kehadiran pendatang-pendatang asing di Malaysia ini. Baguslah kerana berbuat begitu dan di harapkan kita tidak terlambat dalam menangani masalah yang bakal tiba ini.

Ada seorang rakan kami yang minat berfotografi. Ia suka menangkap gambar-gambar komuniti mengambarkan suasana dan gambaran di KL. Malangnya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini memang mustahil nak mengambil gambar yang menunjukkan rakyat Malaysia bilamasa di KL. Maksudnya gambar-gambar di tempat awam - asyik ada saja orang-orang Indon dan Bangladesh di dalamnya.

Dan mengenai perkara yang sama, ada juga rakan kita yang menyarankan suatu peristiwa beberapa tahun yang lepas. Ianya di Hari Raya dan beliau pergi nak menjamu selera di KFC. Di sana ia fikirkan ia dah terbang ke Bangladesh. Kerana semua pekerja/pelayan KFC tersebut orang Bangla belaka kerana Hari Raya.

Monday, October 15, 2007

Raya dikubur


Hari ini kami sanak saudara berkumpul di Kuala Kubu Bahru menyambut jenazah sepupu kami yang telah meninggal di Bahrain pada 1 syawal.
Jenazah nya tiba di KLIA pada waktu tengah hari dan terus di bawa ke KKB untuk dikebumikan bersama arwah ibu dan bapa beliau. Arwah baru berusia 36 tahun mempunyai 2 orang isteri dan seorang anak lelaki yang lingkungan 8-9 tahun umurnya.
Raya kali ini bermakna kerana ia dapat menemukan kebanyakan dari saudara-mara kami. Yang sedihnya - sebab mengapa kami dikumpulkan.

Sebenarnya arwah sepupu kami memang dah lama mempunyai masalah kesihatan (diabetik) yang agak kritikal. Tetapi tidak dihiraukan sehingga akhirnya mengakibatkan kematian.
Bagi kita yang masih bernafas, selalulah ingat hidup kita ada matinya.. dan berusahalah kita untuk menentukan yang kesihatan tidak menjadi penyebab kita pergi.
Kesian mereka yang akan kita tinggalkan.

[gambar hanya hiasan]

Artikel menarik mengenai siksa di kubur (Bahasa Inggeris)

Saturday, October 13, 2007

SeLaMaT Hari RaYa Aidil Fitri

Selamat hari raya kepada pengunjung-pengujung m2ui.
Maaf dzahir & Batin. Kalu tak keberatan tu berilah komen supaya kami boleh perbaiki .. tak baik simpan di hati aje ye.
[Kad ini kami jumpa kat internet. Anak sape yang comel-comel ini ye ? Kalu ade copyrights reserved tu.. sile emel kami supaya boleh di bawa turunkan]

Friday, October 12, 2007

Esok Raya

KL dah mula lenggang.
Pasar ramadhan juga begitu. Ramai yang dah pulang ke kampong kerana mereka hanya mencari rezeki di KL ni.

Anda bagaimana ? Balik kampung ke tahun ini ? Kalau yang dah berumah tangga tu.. raya kat mane tahun ni ? Biasanya ada rotation beraya rumah keluarga isteri atau suami. Betul kan ?

Kami di m2ui mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat Hari Raya adil fitri kepada pengunjung yang beragama islam. Bangsa yang lain pun sama.. kerana kita semua bermuhibbah bercuti dan merayakannya.

Bagaimana agaknya Angkasawan kita yang Dr Sheikh yang kini di angkasa lepas ?
Malam ini merupakan tempoh yang kritikal di mana beliau dan rakan se roket dengannya akan mendarat di ISIS. Tak lah seglamour atau semudah yang kita lihat dalam cerita Armagedon.. tetapi ia ada risikonya tersendiri.

Beraya di ISIS kami percaya akan lebih selesa berbanding kesempitan yang dialami dalam cockpit soyuz yang sempit tu. Kalau kamilah nak bertahan 48 jam (2 hari).. ntahlah .. boleh ke ?

Selamat hari raya kepada beliau kerana menjadi orang Malaysia pertama beraya 330km di atas muka bumi dalam keadaan "weightlessness"
Mereka yang dalam perjalanan.. berhati-hatilah ya.
Lawatlah bahagian muzik video gallery kami (ada link ditepi laman web ini) untuk menikmati lagu-lagu hari raya. Dah ada beberapa buah yang kami sediakan untuk didengari.

Sekian buat kali ini Malaysia.

Wednesday, October 10, 2007

Register lah kat netlog

Hi,
Sekiranya ini dibaca, kami m2ui mempelawa anda untuk mendaftar di http://en.netlog.com/malaysia2u di bawah kami. Netlog sebiji macam Myspace, tapi kami suka sebab ianya simple dan mudah untuk mengunakannya.
Link terus ke m2ui netlog pun ade kat tepi blog ini.. jumpa di sana sana sana...