KL dah mula lenggang.Pasar ramadhan juga begitu. Ramai yang dah pulang ke kampong kerana mereka hanya mencari rezeki di KL ni.
Anda bagaimana ? Balik kampung ke tahun ini ? Kalau yang dah berumah tangga tu.. raya kat mane tahun ni ? Biasanya ada rotation beraya rumah keluarga isteri atau suami. Betul kan ?
Kami di m2ui mengambil kesempatan ingin mengucapkan selamat Hari Raya adil fitri kepada pengunjung yang beragama islam. Bangsa yang lain pun sama.. kerana kita semua bermuhibbah bercuti dan merayakannya.
Bagaimana agaknya Angkasawan kita yang Dr Sheikh yang kini di angkasa lepas ?
Malam ini merupakan tempoh yang kritikal di mana beliau dan rakan se roket dengannya akan mendarat di ISIS. Tak lah seglamour atau semudah yang kita lihat dalam cerita Armagedon.. tetapi ia ada risikonya tersendiri.
Beraya di ISIS kami percaya akan lebih selesa berbanding kesempitan yang dialami dalam cockpit soyuz yang sempit tu. Kalau kamilah nak bertahan 48 jam (2 hari).. ntahlah .. boleh ke ?
Selamat hari raya kepada beliau kerana menjadi orang Malaysia pertama beraya 330km di atas muka bumi dalam keadaan "weightlessness"
Mereka yang dalam perjalanan.. berhati-hatilah ya.
Lawatlah bahagian muzik video gallery kami (ada link ditepi laman web ini) untuk menikmati lagu-lagu hari raya. Dah ada beberapa buah yang kami sediakan untuk didengari.
Sekian buat kali ini Malaysia.

No comments:
Post a Comment