Thursday, October 18, 2007

Ramai yang kembali bekerja hari ini


Walaupun secara resminya office buka hari Selasa, kami percaya ramai dari kita terutamanya yang berugama islam kembali kerja hari ni. Bagi mereka yang ada banyak lagi cuti atau banyak lagi program yang belum diselesaikan - kemungkinan hari mula kerja mereka ialah hari Isnin depan. Ini bermakna kesibukan jalanraya belumlah habis lagi. Hari Ahad (atau pun Sabtu) tentulah ramai yang berada di jalan raya.

Mengikut pemerhatian kami, suasana di jalan raya KL dah mula 'saperti biasa' hari Selasa lagi. Kalau nak ronda KL tu kalau mengharapkan trafik itu ok mungkin menghampakan kerana pada mMalam selasa/hari Isnin keadaan dah macam sedia kala.

Petang-petang asyik hujan sahaja di ibukota ini. Kadangkalanya betul betul lebat. Hujan pula turun sekejap-sekejap dan kemudian berhenti dan bersambung lagi.

Semalam ketika ke KL, kami perhatikan bertimbun-timbun sampah sarap terutamanya "foam putih" yang orang dok buat bungkus makanan tu. Rupanya mereka menghumbanya ke dalam longkang lepas makan. Apabila hujan lebat, bende ini akan menyumbatkan saluran. Air yang banyak akan melimpah balik ke jalan raya menunjukkan pemandangan yang tidak elok di mata.

Diberita, TV3 dah mula menghebohkan isu yang bakal tiba akibat begitu ramai kehadiran pendatang-pendatang asing di Malaysia ini. Baguslah kerana berbuat begitu dan di harapkan kita tidak terlambat dalam menangani masalah yang bakal tiba ini.

Ada seorang rakan kami yang minat berfotografi. Ia suka menangkap gambar-gambar komuniti mengambarkan suasana dan gambaran di KL. Malangnya semenjak beberapa tahun kebelakangan ini memang mustahil nak mengambil gambar yang menunjukkan rakyat Malaysia bilamasa di KL. Maksudnya gambar-gambar di tempat awam - asyik ada saja orang-orang Indon dan Bangladesh di dalamnya.

Dan mengenai perkara yang sama, ada juga rakan kita yang menyarankan suatu peristiwa beberapa tahun yang lepas. Ianya di Hari Raya dan beliau pergi nak menjamu selera di KFC. Di sana ia fikirkan ia dah terbang ke Bangladesh. Kerana semua pekerja/pelayan KFC tersebut orang Bangla belaka kerana Hari Raya.

No comments: