Monday, October 15, 2007

Raya dikubur


Hari ini kami sanak saudara berkumpul di Kuala Kubu Bahru menyambut jenazah sepupu kami yang telah meninggal di Bahrain pada 1 syawal.
Jenazah nya tiba di KLIA pada waktu tengah hari dan terus di bawa ke KKB untuk dikebumikan bersama arwah ibu dan bapa beliau. Arwah baru berusia 36 tahun mempunyai 2 orang isteri dan seorang anak lelaki yang lingkungan 8-9 tahun umurnya.
Raya kali ini bermakna kerana ia dapat menemukan kebanyakan dari saudara-mara kami. Yang sedihnya - sebab mengapa kami dikumpulkan.

Sebenarnya arwah sepupu kami memang dah lama mempunyai masalah kesihatan (diabetik) yang agak kritikal. Tetapi tidak dihiraukan sehingga akhirnya mengakibatkan kematian.
Bagi kita yang masih bernafas, selalulah ingat hidup kita ada matinya.. dan berusahalah kita untuk menentukan yang kesihatan tidak menjadi penyebab kita pergi.
Kesian mereka yang akan kita tinggalkan.

[gambar hanya hiasan]

Artikel menarik mengenai siksa di kubur (Bahasa Inggeris)

No comments: